fbpx

Risau jika ada E-coli, laporan awal kerang Pantai Sura selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratusan penduduk bawa sauk, baldi kutip kerang terdampar di Pantai Sura, Dungun.

PETALING JAYA – Jabatan Perikanan (DOF) Terengganu mengingatkan orang ramai agar memastikan kerang yang dikutip di Pantai Sura, Dungun dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.

Pengarahnya Ruzaidi Mamat berkata, sampel air dan kerang telah diambil pada semalam untuk memastikan keselamatan pengguna.

Katanya, hasil analisis awal mendapati tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dalam sampel air.

“Analisis bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan dan keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga
hari,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kajian terdahulu (2014, 2016, 2019, dan 2021) menunjukkan tahap bakteria seperti Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan.

“Iaitu Fecal coliform melebihi 300 MPN/100g manakal E. coli melebihi 230 MPN/100g.

“Kerang dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai Kelas B, yang memerlukan pemasakan sempurna sebelum dimakan,” jelasnya.

Selain itu, bakteria Vibrio parahaemolyticus, yang lazimnya terdapat dalam persekitaran air laut juga telah dikesan dalam sampel terdahulu.

“Fenomena kerang dihanyutkan ke darat akibat ombak kuat ini telah beberapa kali
dilaporkan, termasuk pada tahun-tahun sebelumnya.

“Kajian menyeluruh oleh DOF membuktikan keperluan pematuhan kepada amalan keselamatan makanan, khususnya memastikan semua kerang dimasak dengan sempurna,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI