fbpx

4 bakal ke tali gantung miliki, edar 100kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT tertuduh termasuk seorang wanita berdepan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memiliki dan mengedar 100 kg dadah awal bulan ini. RAJA JAAFAR RAJA HAJI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Empat individu termasuk seorang wanita berhadapan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) 100 kilogram (kg), awal bulan ini.

Keempat-empat tertuduh, Kok Yan Shen, 25, Ng Wei Loon, 30, Lynette Goh Sauk Fung, 25 dan Lim Jia Chun, 30, faham akan pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret A. Shaarmini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dengan anggaran berat kasar 93.658 kg.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Mersawa 16, Taman Kota Cahaya Puteri di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 5 Januari lalu itu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan juga boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sehingga 15 sebatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI