fbpx

Lebih 3 jam terbaring atas bonet, trak pikap tenggelam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Boatman IPD Kluang dan bomba melakukan kerja-kerja menyelamatkan seorang lelaki yang dilaporkan terkandas akibat laluan dinaiki air ketika memancing di Batu 24, Jalan Kluang - Kahang, Kluang pagi tadi.

KLUANG – Seorang lelaki terpaksa menahan kesejukan dan bertarung nyawa apabila lebih tiga jam terbaring di atas bonet pacuan empat roda miliknya yang terperangkap di dalam banjir sebelum diselamatkan dalam kejadian di Batu 24 Jalan Kluang – Kahang di sini hari ini.

Difahamkan, sebelum ditemui mangsa, S. Thilakkumar, 40, dikatakan dalam perjalanan pulang menaiki Toyota Hilux daripada memancing bersama seorang rakannya di Sungai Kahang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dilaporkan berlaku antara pukul 9.30 hingga 11 pagi tadi.

“Ketika tiba di lokasi, anggota Pasukan Boatman IPD Kluang bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang mendapati seorang lelaki terbaring di atas bonet hadapan kenderaan pacuan empat rodanya dalam keadaan separuh sedar.

“Kenderaan pacuan empat rodanya juga didapati sudah ditenggelami air separas dada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Bahrin lagi, mangsa kemudiannya dirujuk ke Klinik Kesihatan Kahang menggunakan ambulan milik Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang.

Ujarnya, menurut maklumat daripada mangsa, mereka datang memancing berdua namun seorang lagi rakannya keluar untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan bantuan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI