fbpx

Kongres FAM: Pencalonan ditutup, Joehari menang tanpa bertanding?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawatankuasa Pemilihan FAM telah mengadakan mesyuarat bagi membuka dan menyemak borang-borang tersebut di Wisma FAM, Kelana Jaya petang tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Proses untuk menghantar borang pencalonan bagi Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2025-2029 akhirnya ditutup pada hari ini.

Pengesahan itu dibuat oleh badan induk itu menerusi satu kenyataan sebentar tadi dengan mengesahkan Jawatankuasa Pemilihan FAM telah mengadakan mesyuarat di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi membuka dan menyemak borang-borang tersebut.

“Sejurus berakhir tempoh untuk menghantar borang pencalonan, Jawatankuasa Pemilihan FAM terus mengadakan mesyuarat bagi membuka dan menyemak borang-borang tersebut.

“Jawatankuasa Pemilihan FAM merupakan badan bebas yang dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dan dianggotai oleh tiga ahli jawatankuasa iaitu Datuk Ab Jalil Abdullah, Salleh Ramli dan Fong Wan Hor.

“Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2025-2029 akan diadakan pada Kongres FAM Ke-61 yang dijadual berlangsung di Subang Jaya, Selangor pada 15 Februari depan,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, jawatan kerusi ‘panas’ Presiden FAM berpotensi menjadi milik Datuk Joehari Mohd. Ayub yang dijangka menang tanpa bertanding apabila tiada pencabar yang memiliki pencalonan yang mencukupi.

Bagaimapun, tiada pengesahan rasmi daripada FAM setakat ini dengan badan induk bola sepak negara itu dijangka mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada Kongres Pemilihan FAM kali ini kerana mahu memberi ruang kepada muka baharu menerajui arena bola sepak negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI