fbpx

Pertimbang kemasukan pekerja asing untuk sektor ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika berucap pada majlis syarahan di UiTM Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

HAH ALAM – Permohonan baharu pengambilan pekerja asing yang dibekukan ketika ini akan dipertimbangkan bagi memenuhi tenaga kerja sektor perladangan khususnya kelapa sawit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini selepas terdapat permintaan daripada Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johar Abdul Ghani susulan kekurangan pekerja di sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Katanya, pembekuan permohonan baharu pekerja asing telah dibekukan sejak bulan September tahun lalu.

“Namun, Datuk Johari kata bukalah untuk pekerja ladang terutama di Sabah dan Sarawak yang sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja bagi memetik buah.

“(Bagaimanapun) Saya cakap tunggu dulu dan meminta beliau memberikan maklumat jumlah tenaga kerja berdasarkan keperluan syarikat dan akan membuat tapisan.

“Sebagai contoh pihak berkuasa berkaitan sawit akan tapis dan sahkan, kemudian kita bermesyuarat,” katanya ketika berucap pada Siri Syarahan Menteri: Madani Sedang Direalisasi, Dekad Baharu Malaysia, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Jelasnya, kementerian telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) berkaitan pekerja asing.

“Perlu atau tidak pekerja asing dibawa ke negara kita pada ketika ini? Untuk petik sawit, kerja di kilang, sektor pembinaan.

“Kalau kita kata tak perlu, berapa ramai anak muda kita sama ada Melayu, Cina dan India yang sanggup ikat batu bata, petik sawit di ladang, memandu kren.

“Kalau kita berfikir dengan waras, nescaya kita fikir kita perlukan. Kalau tidak (lakukan), lima sektor ekonomi, tidak berjalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI