MOSCOW – Pasukan kastam di Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow merampas 50 kilogram rambut manusia bernilai hampir AS$70,000 (RM315,000) dari bagasi seorang warga asing yang tiba dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Lapor portal berita RT kelmarin.
Menurut kastam, lelaki berusia 37 tahun itu melalui koridor hijau lapangan terbang itu, dikhaskan untuk penumpang yang tiada barang untuk diisytiharkan tetapi telah ditandakan semasa pemeriksaan bagasi.
Anggota kastam kemudian menemui tujuh beg plastik mengandungi 300 rambut asli pelbagai warna dan jenis, baru-baru ini.
Lelaki itu menyatakan bahawa dia ialah seorang pendandan rambut yang pulang dari menghadiri festival kecantikan antarabangsa.
Dia bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui peraturan memerlukannya membuat pengisytiharan rambut itu.
Lelaki itu berhasrat menggunakannya untuk membuat rambut palsu, sambungan dan potongan rambut di Russia.
Pihak berkuasa mendakwa penumpang itu kerana melanggar peraturan pengisytiharan kastam dan mahkamah mengenakan denda melebihi AS$32,000 (RM144,000). – AGENSI