fbpx

Ibu kebas gelang emas bayar hutang along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ibu disyaki mencuri gelang emas di Ayutthaya. - Foto AmarinTV

BANGKOK  – Seorang ibu berusia 27 tahun ditahan di Thailand kerana mencuri gelang emas dengan menyembunyikannya di dalam poket seluar jean, lapor portal berita Thaiger hari ini. 

Suwichada Ongying berkata, dia terpaksa mencuri berikutan ugutan seorang along yang menakut-nakutkannya dan mencederakan seorang anaknya yang berusia empat bulan.

Ibu itu mencuri di sebuah kedai emas di Hua Ro, daerah Phra Nakhon Si Ayutthaya, wilayah Ayutthaya. 

Suwichada yang bekerja sebagai penunggang e-hailing motosikal, mengaku mencuri gelang emas itu.

Dia  menjual gelang itu di Bangkok dan menggunakan hasilnya  untuk membayar lebih 10,000 baht (RM1,302) kepada ah long serta menyimpan baki bagi membeli susu anak. 

Suspek ditangkap polis ketika menunggang motosikal di Bangkok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI