fbpx

Anak ‘pau’ ibu RM450, ‘tapau’ sembilan subjek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di aplikasi X.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak berjaya mendapat ganjaran RM450 daripada ibunya selepas memperoleh Anugerah Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terbaik bagi sembilan subjek.

Menerusi perkongsian oleh Hangry Capybara di aplikasi X, isterinya pada awalnya telah berjanji dengan anaknya untuk memberikan ganjaran RM50 bagi setiap subjek yang cemerlang.

“Ini dalam majlis hari kecemerlangan, baru tahu rupanya dia ‘sapu’ sembilan (subjek) sekali gus.

“Subjek yang berjaya termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam,” tulisnya di hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna memuji pencapaian kanak-kanak tersebut sambil terhibur dengan ganjaran ‘lumayan’ yang diterima.

“Lucu, tetapi tahniah kepada anak kerana berjaya mendapatkan ganjaran secara sah,” tulis Senah Debab.

“Comel. Tahniah anak pintar. Rezeki ibu bapa, rezeki anak juga dapat ganjaran,” kata Pika.

“Adik saya sebelum ini memperoleh kedudukan kedua terakhir dalam peperiksaan. Kami mencabarnya untuk masuk ke lima kedudukan teratas dan menjanjikan apa sahaja yang dia mahukan.

“Akhirnya, minggu lepas dia pulang dengan senyuman, berjaya mendapat tempat ketiga. Kami semua tergamam, tidak sangka daripada kedua terakhir terus ke tempat ketiga,” ujar Lutadiharsh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI