fbpx

‘Tak payahlah kahwin, rumah orang tua sekarang best’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syafinaz sudah bersedia dengan segala kemungkinan apabila menginjak usia senja nanti termasuk menetap di rumah orang tua.

BARU menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 pada 11 Januari lalu, penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat sudah terfikir tentang sisa usia yang barangkali akan dihabiskan di rumah penjagaan orang tua. 

Baginya, rumah penjagaan warga emas sekarang bukan seperti dahulu dan dia sendiri pernah menilik-nilik lokasi sesuai. 

“Saya terfikir dan telah ‘survey’ rumah orang tua yang mungkin saya boleh masuk satu hari nanti. Sebab rumah orang tua zaman sekarang ‘best’. Bukan macam kita tengok dulu-dulu. 

“Jadi, saya tidak menidakkan kemungkinan yang saya akan masuk rumah orang tua satu hari nanti,” katanya diselangi gelak ketawa. 

Ditanya kenapa tidak mencari teman hidup sahaja agar dapat menjadi peneman meniti hari tua, pelantun lagu Ingin Bersamamu itu berhujah,  perkahwinan mungkin akan membuatnya bertambah pening kepala. 

“Ramai orang asyik bertanyakan soal jodoh sejak hari pertama saya bergelar penyanyi sehinggalah hari ini. 

“Tetapi saya nak kongsikan satu kisah yang saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Allahyarham Datuk Sharifah Aini pernah beritahu saya, tak payah kahwinlah. 

SYAFINAZ berasakan perkahwinan hanya akan tambah memeningkan kepalanya. – Saddam Yusof

“Katanya, jika saya berniat untuk berkahwin, saya patut berkahwin dengan seseorang dari negara Barat, kalau tidak, tak payah kahwin katanya,” kongsinya. 

Juri tetap Gegar Vaganza ini  tidak pernah menganggap kata-kata biduanita itu sebagai sesuatu yang harus diambil serius kerana baginya jodoh dan maut adalah ketentuan tuhan. 

“Jodoh di tangan tuhan. Kalau Dia kata tak ada, maka tiada tetapi kalau Dia kata ada, saya terima. 

“Buat masa ini, berkahwin bukanlah keutamaan dalam hidup saya. Kalau ada lelaki yang sesuai dan senang mata memandang, saya okey, tiada masalah.

“Yang penting dia perlu faham saya dan tidak meletakkan limitasi tentang apa yang saya mahu lakukan dalam hidup,” jelasnya. 

Puntianak

Melibatkan susuk tubuhnya yang langsing dan wajahnya yang masih tegang, pasti ramai yang mencemburui bentuk fizikal yang dimiliki Syafinaz. Malah ada yang menggelarnya sebagai ‘vampire’ kerana tidak makan usia. 

Namun kata Syafinaz apa yang dimilikinya sekarang adalah hasil penjagaan diri merangkumi cara pemakanan dan senaman. 

“Penjagaan tubuh dan mental sangat penting. Tak mungkin dengan hanya berfikir untuk sentiasa kelihatan  muda anda akan menjadi muda, perlu disulami tindakan. 

“Pada saya pemakanan yang seimbang sangat penting. Begitu juga dengan fikiran yang positif. Kalau nak kekal kelihatan muda, minda dan hati kena sentiasa muda. Perlu jalani hidup dengan gembira. 

“Cuma kini saya lebihkan pengambilan protein kerana sekarang saya amalkan senaman angkat berat. 

“Pada usia begini, kekuatan otot sangat penting. Orang selalu fikir nak kurus, nak cantik dan muda. Tetapi untuk saya semua itu jatuh nombor dua. Yang paling utama adalah kesihatan. 

“Bila kita kuat, lebih senang untuk bekerja, tak perlulah nanti bila dah tua nak kena ada orang tolong angkatkan beg,” katanya mengakhiri perbualan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI