fbpx

Cheng Hoe belum putus tarikh baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE (tengah) menegaskan perubahan format perlawanan tidak memberi banyak perbezaan kerana skuad Harimau Malaya tetap akan mengharungi tiga perlawanan getir.

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe belum memutuskan tarikh baharu yang sesuai untuk memanggil pemain menjalani latihan pusat Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Mac depan.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sudah memberi lampu hijau untuk skuad kebangsaan menjalani sesi latihan de­ngan cara kuarantin setempat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Cheng Hoe berkata, perbincangan lanjut dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang dijalankan bagi memilih tarikh sesuai untuk pemain hadir ke kem latihan tersebut.

“Kita memang ada peranca­ngan untuk memanggil pemain menjalani kem latihan pusat sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Mac depan.

“Namun, banyak faktor perlu diambil kira terutama dengan situasi pandemik Covid-19 ketika ini masih belum menunjukkan penurunan.

“Jika segalanya berjalan lancar, mungkin ia dapat dilakukan selepas ini dengan jangkaan kem latihan berlangsung dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

“Apa yang pasti, saya ber­terima kasih kepada Kementerian­ Belia dan Sukan (KBS) kerana memberi lampu hijau buat kami menjalani kem latihan nanti.” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Reezal Mericam menerusi ciapan pada Twitter peribadinya mengakui memahami keluhan dialami oleh industri sukan secara keseluruhan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melanda hampir seluruh negara ketika ini.

“Kami amat memahami keluhan peminat sukan ini lebih-­lebih lagi dengan situasi yang perlu kita hadapi sekarang. Step by step, we will bring back the sports industry together (langkah demi langkah, kita akan mengembalikan semula industri sukan bersama-sama).

“(Mengenai kem latihan skuad Harimau Malaya) saya mahu pasukan jaga prosedur operasi standard (SOP) dan jaga diri. Ke­selamatan menjadi keutamaan No. 1,” katanya.

Skuad Harimau Malaya yang kini menduduki tangga kedua Kumpulan G bakal bertemu Emiriyah Arab Bersatu di Abu Dhabi pada 26 Mac dan menentang Vietnam di Stadium Nasio­nal Bukit Jalil pada 31 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI