fbpx

Nenek pakai cincin ‘saka’, gigi susah cabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Syahirah menceritakan pengalamannnya tidak dapat mencabut gigi seorang warga emas, dipercayai berpunca daripada cincin dipakai pesakit tersebut.

PETALING JAYA – Seorang doktor gigi berdepan pengalaman seram apabila mengambil masa lama sehingga 50 minit untuk mencabut gigi seorang warga emas, gara-gara cincin yang dipakai oleh pesakit tersebut.

Menerusi hantaran video TikTok sebuah klinik swasta, doktor gigi dikenali sebagai Dr. Syahirah bercerita pengalamannya mencabut gigi wanita itu yang datang pada waktu malam.

“Perempuan tua nenek lah, datang cabut gigi waktu malam. Bila kita ambil X-ray semua, kita sebagai doktor gigi boleh jangka, cabutan itu sangat senang.

“Tapi dah 50 minit gigi tu tak keluar. Tak pernah jumpa benda macam ni, dah 50 minit saya duduk. Saya macam ‘nak buat apa ni?’. Saya teringat cerita kawan pernah hadap situasi seperti itu.

“Saya perasan nenek tu pakai banyak cincin, saya tak tahu kenapa. Saya suruh nenek tu buka, saya sambung cabutan dan teka apa, gigi tu dah keluar (cabut),” katanya pada video berkenaan.

Dr. Syahirah berkata, beliau bertanya mengenai cincin tersebut dan warga emas berkenaan memberitahu ia pemberian orang.

“Awak rasa apa yang ada dekat cincin tu?,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas, malah ada pengguna TikTok turut berdepan pengalaman seram sewaktu bekerja dalam bidang perubatan.

“Dulu saya kerja klinik gigi, ada seorang wanita tua cabut gigi lepas tu mengilai sambil mencangkung atas kerusi. Lepas tu pengsan,” komen seorang pengguna TikTok.

“Betul, ada pesakit bila nak cucuk jarum paling besar dah, darah tak keluar. Minta buka cincin yang dia pakai, baru jarum boleh masuk dan darah keluar. Seram,” kata seorang lagi individu.

“Ada kat dewan bersalin, pesakit teran-teran bayi tak keluar. Sebaik suruh dia tanggalkan gelang kaki, bayi keluar terus,” komen seorang individu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI