MASALAH berkaitan kulit kusam, berjerawat, kedut dan kering sering menjadi mimpi ngeri serta dianggap bagai tidak berkesudahan terutama bagi kaum wanita.
Kesibukan dan komitmen kerja selain menguruskan hal-hal lain khususnya bagi wanita berkerjaya kadangkala membuatkan golongan ini tiada masa untuk menjaga kulit wajah.
Faham dan peka dengan situasi tersebut, wanita yang cukup dikenali dengan penampilan yang mempesona, Kak Rose menerusi syarikatnya mengeluarkan enam barisan produk penjagaan wajah BabyyyyyyRose.
Pengasas jenama itu, Kak Rose atau nama penuhnya Tengku Rosmita Tengku Jusoh berkata, BabyyyyyyRose dilancarkan pada tahun lalu dan kini mempunyai enam barisan produk penjagaan wajah.
“Kami menawarkan face scrub, masker, serum, lumi oil, tinted sunscreen dan face mist yang semua harganya berpatutan.
“Produk penjagaan wajah BabyyyyyyRose menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi seperti ceramide, alpha arbutin, gluthathione, centella asiatica atau pegaga dan lain-lain.
“Ini untuk memastikan semua pengguna berpuas hati dengan hasil pemakaian barisan produk yang kami tawarkan,” katanya kepada K-Wanita baru-baru ini.
Ditanya kelebihan dan keunikan BabyyyyyyRose, Kak Rose berkata, produk yang mengambil masa selama empat bulan proses kajian dan pembangunan (R&D) itu membantu merawat semua masalah kulit seperti jeragat, jerawat, parut, kedutan sekali gus melembap serta mencerahkan tanpa kesan sampingan.
“Kesan sampingan yang dimaksudkan adalah seperti mengelupas pada kulit yang sering terjadi kepada pengguna.
“Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi juga adalah salah satu keutamaan dalam penghasilan produk BabyyyyyyRose bagi memastikan semua pengguna selesa dan mendapat kesan yang efektif, kulit yang sihat dan cantik,” ujarnya.
Tambahnya yang sebelum ini popular sebagai perunding kecantikan di sebuah syarikat penerbangan tambang rendah negara, kesemua barisan produknya boleh digunakan wanita dan lelaki berusia 12 tahun ke atas.
Tidak sekadar produk penjagaan wajah, BabyyyyyyRose turut mengeluarkan minyak wangi dalam dua edisi yang turut sama dilancarkan Jun tahun lalu.
“Parfum BabyyyyyyRose terdapat dalam dua jenis bauan iaitu 1st Edition dan 2nd Edition.
“Harga normal untuk Parfum adalah RM22.90, manakala jika membuat pembelian di live TikTok BabyyyyyyRose, pelanggan akan mendapat harga istimewa yang jauh lebih murah dan berbaloi,” katanya.
Jelas Kak Rose, bagi tahun ini, syarikat juga optimis mengeluarkan beberapa rangkaian produk lain iaitu cleanser dan set mekap edisi terhad.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan semua rangkaian produk atau mendaftar menjadi ejen, bolehlah menghubungi TikTok @BabyyyyyyRose2.
“Mereka juga boleh mendapatkan produk dengan menyertai live TikTok BabyyyyyyRose pada setiap hari seawal pukul 6.30 pagi hingga 8 pagi dan 8 malam hingga 11 malam,” katanya.