fbpx

Tawaran kelab Arab Saudi resahkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH bakal meninggalkan Liverpool secara percuma penghujung musim ini apabila belum ada tawaran kontrak baharu dipersetujui setakat ini. - AFP

LONDON – Liverpool terus berdepan resah memikirkan masa depan pemain bintangnya, Mohamed Salah apabila laporan terbaharu menyebut penggempur itu menerima tawaran mega yang cukup lumayan daripada kelab Liga Arab Saudi.

Pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Arab Saudi, Turki Alalshikh telah memuat naik gambar Salah yang disunting menyarung jersi kelab Al-Hilal sekali gus menguatkan khabar angin mengenai kemungkinan pemain itu bakal meninggalkan Anfield.

Berdasarkan laporan tersebut, Salah telah ditawarkan kontrak selama dua tahun untuk beraksi di liga negara itu dan bakal menerima pendapatan sebanyak £32.5 juta (RM178.71juta) setahun.

Ketika ini, Salah hanya meraih pendapatan tahunan sebanyak £18.2 juta (RM100.07 juta) ketika menandatangani kontrak baharu di Anfield pada 2022 dan mahu tambahan pendapatan sekiranya Liverpool mahu kekal mendapatkannya.

Tawaran mega untuk mengumpan Salah berhijrah ke Arab Saudi dikatakan sudah mendapat restu daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang mengetuai Dana Pelaburan Awam Arab Saudi dan turut menjadi pendana kelab Al Hilal.

Kepakaran Salah sangat diperlukan Al Hilal ketika kelab itu akan beraksi pada saingan Piala Dunia Kelab pada musim panas nanti dan tawaran berkenaan dianggap lebih murah buat kelab itu apabila tidak perlu melunaskan yuran pinjaman ketika kontrak pemain itu berakhir Jun nanti.

Musim ini menyaksikan Salah berjaya meledak 18 gol dan 13 umpanan gol sepanjang musim ini dan sepanjang penampilan bersama Liverpool sejak berhijrah dari AS Roma pada 2017, dia berjaya menghasilkan 232 gol dan 105 umpanan dalam 378 penampilan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI