fbpx

Lebih 215,000 PKS peroleh manfaat pengecualian audit SSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika mendekati golongan mahasiswa pada perasmian Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan di UiTM Shah Alam. Foto: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Sebanyak 215,008 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (IKS) memperoleh manfaat pengecualian audit Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermula tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ini merupakan inisiatif baharu SSM dalam membantu mereka dalam memudahkan perniagaan termasuk syarikat di kalangan mahasiswa dan generasi muda.

Katanya, antara kriteria bagi pengecualian tersebut adalah perolehan dan aset tahunan syarikat semasa dan dua tahun sebelumnya tidak melebihi RM3 juta.

“Jadi. mereka boleh memohon pengecualian audit ini bermula 1 Januari lalu seterusnya membantu penjimatan kos berkaitannya selain menyumbang kepada usaha peningkatan kemajuan syarikat.

“Dalam rekod SSM, sebanyak 215,008 syarikat yang penuhi kriteria itu memperoleh manfaat termasuk syarikat di kalangan mahasiswa dan generasi muda,” katanya selepas merasmikan penutupan Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Berdasarkan inisiatif itu, kriteria lain adalah bilangan pekerja pada akhir tahun kewangan semasa dan dua tahun kewangan sebelumnya tidak melebihi 30 orang.

Armizan memberitahu, berdasarkan rekod SSM setakat 31 Disember lalu menunjukkan pendaftaran syarikat dan perniagaan dalam kalangan belia berstatus Pengarah adalah 246, 463 orang, pemegang saham (258, 474 orang), pemilik perniagaan (792,794 orang) dan pekongsi dalam entiti perkongsian liabiliti terhad melibatkan 40,855.

Jelasnya, statik itu secara langsung adalah sejajar agenda kerajaan dalam meningkatkan perekonomian rakyat melalui penciptaan pendapatan melalui bidang keusahawanan.

“Jadi dengan adanya usaha-usaha dan strategi, kita mengharapkan bahawa agenda mewujudkan usahawan berdaya maju dan saing dapat menyumbang kepada matlamat jangka panjang yang mempunyai pendapatan berwajaran untuk mereka menjalani kehidupan seharian,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI