fbpx

Pemilik, kakitangan syarikat pengendali umrah direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengawal sebahagian jemaah yang berkampung di sebuah syarikat pengendali umrah di Kota Warisan, Sepang semalam.

PETALING JAYA – Polis menahan lapan individu terdiri daripada pemilik dan kakitangan sebuah syarikat pengendali umrah yang tular semalam bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua daripada lapan yang ditahan merupakan pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat berkenaan.

“Setakat ini, polis menahan lapan individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 24 hingga 46 tahun.

“Mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Menurut Hussein, pihaknya menerima sebanyak lapan laporan manakala seramai 379 mangsa terlibat dengan kerugian bernilai RM2.1 juta.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis menahan pasangan suami isteri berusia 31 tahun yang merupakan pemilik sebuah syarikat pengendali umrah di Kuala Lumpur semalam.

Penahanan ke atas pasangan suami isteri itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada pukul 7 malam bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima tujuh laporan berkaitan penipuan umrah.

Hasil siasatan awal mendapati syarikat mula beroperasi sejak 2022 sebelum berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober tahun lalu.

Mereka membuat iklan mengenai pakej umrah di aplikasi TikTok dan berhubung dengan ejen yang dilantik pihak syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI