fbpx

Gajah rosakkan kebun penduduk ‘diberkas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR gajah jantan berjaya ditangkap berhampiran kawasan tanaman di Taman Pertanian Modern di Jalan Ayer Hitam - Kluang pada Isnin lalu

KLUANG – Seekor gajah jantan yang dilaporkan sering mengganggu serta merosakkan tanaman penduduk di kawasan Ayer Hitam hingga Sri Lalang berjaya ditangkap ketika menceroboh tanaman di Taman Pertanian Modern, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, gajah berkenaan berjaya ditangkap kira-kira pukul 11.15 pagi 14 Januari lalu.

“Tangkapan itu dilakukan selepas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengatur gerak menjejak gajah berkenaan selama seminggu.

“Pihak Perhilitan kini dalam kerja-kerja akhir untuk memindahkan gajah jantan berkenaan ke hutan simpan yang lain bagi membolehkannya hidup dalam habitat sebenar,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI