fbpx

KPDN terbuka kaji syor naikkan denda salah guna sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Program Usahawan Muda di UiTM Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan sebarang syor dan cadangan menaikkan denda terhadap salah guna atau pelanggaran sijil halal.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sebarang penguatkuasaan atau pelaksanaan undang-undang tersebut bersifat dalam memberikan kesedaran, meningkatkan pematuhan dan pencegahan.

Katanya, memang tidak dinafikan isu berkaitan pelanggaran halal ini adalah satu perkara tidak boleh kompromi dan perlu ditangani sewajarnya.

“Kita mengambil pendekatan terbuka sekiranya terdapat sebarang cadangan dan syor yang konstruktif untuk mengkaji dan membuat pertimbangan dalam menangani isu ini.

“KPDN komited untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan yang menyarankan KPDN dan Jakim mengkaji keperluan menaikkan nilai denda bagi premis yang menyalahgunakan sijil halal.

Armizan bagaimanapun menjelaskan bahawa undang-undang semasa berkaitan halal ini mempunyai dua peraturan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang mengenakan denda yang tinggi

Ujarnya, mengikut Peraturan Perihal dagangan berkaitan penandaan dan perakuan halal itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM200,000 bagi syarikat manakala individu atau perseorangan sehingga RM100,000 dan penjara setahun.

“Bagi Perihal Dagangan (Takrif Halal) yang hukumannya bagi kesalahan mana-mana pihak yang melakukan representasi boleh mengelirukan umat Islam dalam konteks halal boleh didenda RM5 juta dan individu sebanyak RM1 juta dengan penjara tiga tahun.

“Kalau lihat dari segi undang-undang itu sudah tinggi dan harap menjadi pencegahan kepada mereka. Saya fikir perkara ini perlu dipertimbangkan semua pemegang taruh dan apa jua keputusan kita perlu menjurus kepda objektif menyelesaikan yang isu terkait ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI