fbpx

Takut ditahan ‘polis’, peneroka Felda rugi RM216,175

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Gara-gara takut ditahan pihak polis, seorang wanita warga emas yang juga peneroka Felda mengalami kerugian sebanyak RM216,175 selepas terperdaya dalam penipuan dalam talian.

Akibat diugut oleh suspek yang menyamar sebagai polis mangsa yang berumur 66 tahun bertindak memindahkan wang simpanannya termasuk Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta menjual barang kemas miliknya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kejadian di Pekan itu bermula 3 Januari lalu selepas mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Katanya, mangsa dimaklumkan terdapat aduan atas nombor telefonnya dan suspek turut menyatakan mangsa mempunyai barang–barang terlarang dan terlibat dengan pengubahan wang haram serta waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.

“Mangsa diarahkan untuk meletakkan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya dilokasi diberikan setelah memasukkan semua wang dalam akaun tersebut bagi tujuan siasatan.

“Percaya dan takut dengan ugutan tersebut, mangsa mengikut semua arahan suspek sehingga memindahkan wang simpanan ASB sebanyak RM83,000, wang simpanan Tabung Haji (RM 51,000), hasil jualan barang kemas (RM 24,733) dan wang dalam akaun bank mangsa sebanyak RM57,442.88 ke dalam akaun tersebut,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mula menyedari ditipu setelah gagal mendapatkan semula wang yang dijanjikan dalam tempoh tujuh hari sebelum mangsa membuat laporan polis.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Katanya, masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI