fbpx

‘Walau sementara, genjatan senjata legakan yang menderita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elfira bersyukur perjanjian genjatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza akhirnya dimeterai.

PETALING JAYA – Lantang berkongsi tentang perang di Palestin, pelakon Elfira Loy bersyukur perjanjian genjatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza akhirnya dimeterai.

Sedar perkara tersebut hanya sementara, Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, berharap persetujuan tersebut mampu membuatkan rakyat Palestin dapat menarik nafas lega setelah 400 hari hidup dalam kesengsaraan.

“Alhamdulillah, genjatan senjata di Gaza hari ini.

“Meskipun mungkin sementara, kami berdoa perkara tersebut membawa kelegaan kepada mereka yang menderita,” katanya dalam hantaran Instagram Story.

Menaruh harapan tinggi, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu berharap genjatan senjata tersebut mampu membawa keamanan berkekalan, selain memohon orang ramai terus berdoa.

“Semoga ini menjadi langkah ke arah keamanan dan keadilan yang berkekalan untuk rakyat Palestin.

“Simpan mereka dalam doa anda,” jelasnya lagi.

Media antarabangsa melaporkan, Perdana Menteri Qatar, Mohammed Al Thani mengumumkan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas susulan laporan awal mengenainya oleh bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Mohammed Al Thani juga mengesahkan pembebasan 33 tebusan Israel semasa fasa pertama gencatan senjata Gaza.

Gencatan senjata itu merupakan langkah pertama ke arah kestabilan yang berkekalan.

Begitupun, tidak lama selepas mengumumkan perjanjian berkenaan, tentera Israel meneruskan pengeboman sehingga membunuh lebih 20 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI