fbpx

Tiga pekerja restoran makanan segera pengsan terhidu gas bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memantau kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera di Dataran Wakaf Tembusu, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Tiga pekerja sebuah restoran makanan segera pengsan dipercayai akibat terhidu gas memasak (LPG) di Dataran Wakaf Tembusu di sini hari ini.

Ketiga-tiga wanita terbabit tiba-tiba tidak sedarkan diri sewaktu memasuki dapur restoran tersebut untuk memulakan operasi pada pukul 9.48 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, sepasukan 11 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 9.58 pagi sebaik menerima maklumat kejadian tersebut.

“Pasukan bomba mengambil tindakan pantas membuka tingkap dan pintu premis perniagaan terbabit bagi membaiki pengudaraan.

“Tiga mangsa terbabit didapati terbaring di ruangan dapur restoran tersebut sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Dataran Wakaf Tembusu di sini hari ini.

Azmi berkata, siasatan awal mendapati tiga pekerja wanita itu mengalami muntah-muntah sebelum pengsan selepas memasuki ruangan dapur premis perniagaan berkenaan.

Beliau berkata, seorang pekerja lelaki yang memakai pelitup muka terselamat sebelum menghubungi pihak penyelamat untuk meminta bantuan.

“Setakat ini, kita mengesyaki insiden berpunca daripada kebocoran gas memasak atau ammonia dari mesin kiub ais,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI