fbpx

Dasar Industri Pertahanan Negara akan dilancar pada LIMA ’25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (dua kiri) ketika melancarkan Portal Libat Urus Awam Dasar Industri Pertahanan Negara pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dijangka dilancarkan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) yang akan berlangsung pada Mei nanti.

Menteri Pertahanan Negara, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dasar tersebut akan dibangunkan secara komprehensif dan terbuka supaya industri pertahanan dapat difahami dan diterima baik oleh masyarakat.

“Untuk itu, kementerian memutuskan untuk membuka ruang libat urus awam dan portal dalam talian bagi libat urus ini akan kita lancarkan hari ini.

“Portal ini akan menjadi saluran terbuka bagi membolehkan masyarakat, ahli akademik dan pemain industri sama-sama terlibat dan berpeluang memberi pandangan bersifat praktikal dan strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perutusan Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, penubuhan strategic defence management (SDM) yang ditubuhkan pada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tahun lalu akan membantu pihak kementerian mengurus strategi perolehan dan Program Kolabrasi Industri (ICP).

“SDM juga akan membantu membuat audit dan pemetaan terperinci terhadap semua pemain industri pertahanan tempatan serta syarikat yang telah mendapat manfaat ICP melalui pemindahan teknologi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI