fbpx

EPL: Kedudukan Nistelrooy makin tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISTELROOY

LEICESTER – Crystal Palace meneruskan rentak cemerlang dengan melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan berturut-turut selepas menang 2-0 ke atas Leicester City di Stadium King Power awal pagi tadi.

Dua gol daripada Jean-Philippe Mateta dan Marc Guehi dalam babak kedua membolehkan The Eagles terus menjarakkan diri dengan kelompok penyingkiran liga apabila kini menduduki tangga ke-14 selepas 21 perlawanan.

Kebangkitan ditunjukkan Palace sejak kebelakangan ini sememangnya melegakan pengurusnya, Oliver Glasner yang dikritik hebat pada awal musim susulan prestasi hambar, namun sudah boleh menarik nafas lega.

Sebaliknya, pengendali Leicester, Ruud van Nistelrooy yang kini berdepan tekanan hebat kerana gagal memulihkan situasi kelab itu apabila tewas enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut.

Kali terakhir The Foxes menang aksi EPL ketika menewaskan West Ham United 3-1 pada 4 Disember lalu, seri 2-2 dengan Brighton empat hari kemudian sebelum segalanya serba tidak menjadi dalam enam perlawanan liga seterusnya.

“Ia sememangnya sukar tetapi kami cuba membangkit semangat selepas lima kekalahan. Kami tiada pilihan selain menelan hakikat ini apabila tewas lagi buat kali keenam.

“Masih ada harapan kerana semangat berpasukan cukup tinggi. Apa pun kekalahan ini begitu memeritkan berdasarkan persembahan kami tampilkan hari ini, namun ia masih belum mencukupi,” kata Nistelrooy.

Nistelrooy yang dilantik menggantikan Steve Cooper pada 29 November lalu, hanya merekodkan dua kemenangan daripada sembilan aksi bersama Leicester dalam semua kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN