fbpx

[VIDEO] Ketua Polis Negara bantu penunggang motosikal kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin membantu mangsa dan mengawal lalu lintas dalam kejadian kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban pukul 7.37 pagi tadi.

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban dalam kejadian pada pagi tadi.

Insiden itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan turut dikongsikan pada Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kejadian berlaku pada pukul 7.37 pagi tadi dan difahamkan, Razarudin dalam perjalanan dari kediamannya menuju ke Bukit Aman bagi menghadiri perhimpunan bulanan.

Menerusi rakaman itu, kelihatan penunggang motosikal tersebut mengubah laluan dari lorong kiri ke lorong kanan, sebelum terlanggar sisi sebuah kereta dan terjatuh di atas jalan.

Dalam masa sama, kenderaan yang dinaiki Razarudin melalui laluan tersebut dan berhenti di belakang penunggang motosikal yang sedang terbaring, seterusnya beliau keluar untuk membantu mangsa.

Rakaman turut memaparkan Razarudin memberikan arahan kepada pegawai pengiring selain membantu mengawal lalu lintas di kawasan tersebut.

Malah beliau turut dilihat bertanyakan sesuatu kepada penunggang motosikal yang juga seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Mangsa kemudian dipapah oleh seorang pegawai polis serta dibawa ke hospital untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI