PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Johor, Sarawak, dan Sabah bermula hari ini sehingga Sabtu, 18 Januari.
Di Johor, kawasan yang terlibat adalah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru yang dijangka berlaku bermula esok, 17 Januari, hingga Ahad, 19 Januari.
Bagi Sarawak, kawasan terjejas termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu yang dijangka mengalami hujan lebat sehingga Sabtu, 18 Januari.
Sementara itu, di Sabah, hujan berterusan dijangka memberi kesan kepada kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan), serta Kudat sehingga esok, 17 Januari.
Amaran hujan berterusan tahap waspada ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan atau ribut petir yang dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di kawasan berkenaan. -KOSMO! ONLINE