fbpx

Pemandu lori balak maut langgar lori muatan pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu lori balak maut, manakala anaknya cedera ringan selepas kenderaan yang dipandunya melanggar lori muatan pasir di kilometer 37, Jalan Tampin - Gemas, di sini, pagi tadi. -IHSAN POLIS

TAMPIN – Seorang pemandu lori balak maut manakala anaknya cedera ringan selepas kenderaan dipandunya dipercayai melanggar lori muatan pasir di kilometer 37, Jalan Tampin – Gemas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Marzuki Bhainuddin, 62, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan lori membawa muatan pasir dipandu seorang lelaki dari arah Jelai ke Melaka dengan lori jenis Volvo membawa muatan kayu balak.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu lori muatan pasir telah memberhentikan kenderaan di persimpangan dan mahu membelok ke kanan untuk masuk ke jalan utama.

“Semasa sedang membelok, tiba tiba datang sebuah lori jenis Volvo muatan kayu balak dipandu seorang lelaki bersama kelindan yang juga anaknya dari sebelah kanan jalan utama melanggar bahagian kanan lori pasir itu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI