PETALING JAYA – Nampaknya semakin hari hubungan pempengaruh terkenal, Ameera Khan dan kekasih hatinya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol semakin mesra.
Terbaharu, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, membuat satu hantaran istimewa dalam Instagram sempena lahir kekasihnya itu.
Ameera yang juga merupakan adik kepada Noor Neelofa itu berkongsi beberapa foto dan video momen sewaktu dia menyambut ulang tahun kelahiran Jefri yang ke-26. Mereka kelihatan begitu mesra dan saling berpegangan tangan dan berpelukan.
“26 but forever my baby (26 tahun tapi selamanya kesayangan saya),” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Jefri dilihat meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan menulis ‘I love you, my love’ yang kemudiannya dibalas Ameera dengan ‘I love you the most baby’.
Sementara itu, netizen Malaysia dan Indonesia dilihat membanjiri ruangan komen hantaran tersebut dengan rata-ratanya mempunyai pandangan sendiri tentang pasangan ini.
Ada yang meminta Ameera meninggalkan Jefri dan mencari lelaki lain yang jauh lebih sesuai dengannya. Namun ada juga yang mendoakan agar hubungan pasangan ini berakhir dengan perkahwinan.
“Ya Allah kakak yang mendekati kamu pasti ramai kan? Kenapa sama Jefri? Cari penyakit sangat,” komen netizen yang dipercayai berasal dari Indonesia.
Sebelum ini, Ameera pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak kisah jika Jefri merupakan seorang ‘playboy’ dan akan lebih risau jika lelaki Itu tidak mempunyai sifat sebegitu kerana dia seorang yang tampan dan popular. – KOSMO! ONLINE