fbpx

Friend tekad julang Harimau Malaya ke Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rob Friend (tengah) dilantik menjadi CEO pertama skuad Harimau Malaya dan mula melaporkan diri semalam. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya, Rob Friend meletakkan harapan tinggi untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia pada masa akan datang.

Friend yang melaporkan diri ke Wisma FAM, Kelana Jaya semalam mengakui cukup bersemangat tinggi dalam memperkasa Harimau Malaya bagi mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Kata Friend, fokus sekarang adalah untuk memastikan proses membentuk pasukan kebangsaan diperkemas dari segenap aspek.

“Kita ada pelan jangka pendek, pertengahan dan panjang. Tugasan pertama kita adalah kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac depan menentang Nepal dan ia amat penting buat pasukan kebangsaan.

“Jadi, sebagai langkah awal, kita mengumpulkan barisan kejurulatihan terbaik dunia seperti Dr Craig Duncan selaku Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.

“Kita juga ada (ketua jurulatih) Peter Cklamovski yang pada saya salah seorang jurulatih terbaik di dunia.

“Kita perlu mengenal pasti beberapa permasalahan dan dengan visi Tunku Mahkota Ismail (Pemangku Sultan Johor) untuk menjadi lebih baik, harapnya Malaysia dapat melangkah ke Piala Dunia kerana itu cita-cita saya,” kata Friend.

Kenyataan Friend itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman Facebook badan induk itu, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI