fbpx

Guru tadika cedera dipukul suami kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang guru tadika terpaksa menanggung azab dipukul dan ditendang gara-gara suami mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, insiden itu berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang Mewah di sini pada pukul 10.30 malam kelmarin.

Katanya, mangsa berusia 38 tahun berselisih faham dengan suaminya yang ketika itu dalam keadaan mabuk selain dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Suspek memukul belakang badan dan menendang mangsa. Semasa kejadian, suspek turut mengacukan pisau ke arah isterinya dan kejadian tersebut disaksikan anak pasangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Azam, pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian leher.

“Susulan aduan diterima, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya memberkas suami mangsa di kediaman mereka pukul 10.30 malam tadi.

“Ujian saringan air kencing mendapati mekanik berusia 45 tahun itu bebas pengambilan bagan terlarang dan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI