fbpx

Natasha hampir ‘tarik diri’ kerana risaukan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juara dunia boling, Natasha Roslan membawa pulang satu pingat emas (kategori individu) dan satu pingat perak (kategori berpasukan), di KLIA sebentar tadi.

SEPANG – Di sebalik kejayaan yang diraih juara dunia boling negara, Natasha Roslan, tersembunyi kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.

Ibu Natasha, Anita Mohamed Ali meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian anak kesayangannya yang kini mengukir nama dalam rekod dunia dengan gelaran ketiga peringkat antarabangsa.

“Kami satu keluarga sangat gembira sebenarnya. Alhamdulillah, ini merupakan gelaran ketiga Natasha. Sebelum pergi ke kejohanan itu, dia beritahu niatnya nak menang satu lagi untuk mak. Dia tahu saya tak sihat, tapi dia tetap buat yang terbaik untuk saya,” katanya.

Natasha yang menerima gelaran Olahragawati Negara sebelum ini, terus mempamerkan prestasi cemerlang walaupun keluarganya sedang diuji dengan dugaan besar.

“Saya ada kanser pankreas dan baru saja menjalani pembedahan sebelum dia berlepas ke kejohanan itu. Dia hampir tak pergi kerana risaukan keadaan saya, tetapi saya beri semangat padanya. Saya katakan padanya, ini peluang untuk mengharumkan nama negara, dan Alhamdulillah dia berjaya,” ujar Anita.

Sebagai ibu kepada lima anak, Anita menyifatkan kejayaan Natasha sebagai satu hadiah bermakna untuk keluarga, terutama dalam situasi mencabar yang mereka hadapi.

“Natasha sentiasa berusaha keras dan saya bangga dengan pencapaiannya. Kejayaan ini bukan sekadar untuk keluarga tetapi juga untuk negara,” tambah Anita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN