fbpx

Waris dua beradik maut kemalangan layak terima faedah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohanadas (kiri) menyerahkan Kotak Prihatin Perkeso kepada Armi (dua dari kiri) di kediamannya di Taman Medan Pengkalan Damai, Lahat di Ipoh hari ini. - Foto IHSAN PERKESO

IPOH – Waris dua beradik yang maut akibat kemalangan di Pasir Puteh di sini pada 8 Januari lalu layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Perak, V. Mohanadas berkata, hasil semakan pihaknya mendapati Nur Amira Balqis Armi, 22, yang merupakan pekerja sektor makanan dan minuman adalah pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak Jun 2023.

“Ia sekali gus melayakkan waris keluarga menerima FPM dan FOT. Bapa mangsa, Armi Mustafa, 59, menerima FPM berjumlah RM3,000 daripada Perkeso secara sekali bayar dan layak menerima FOT sepanjang hayat secara bulanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan Ziarah Prihatin keluarga Allahyarham Nur Amira Balqis dan Tsa Muhammad Amirul, 15, di Taman Medan Pengkalan Damai, Lahat di sini hari ini bersama Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.

Media sebelum ini melaporkan tentang kemalangan yang meragut nyawa dua beradik tersebut yang dalam perjalanan ke sekolah pada 8 Januari lalu.

Tindakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat menjadi punca kemalangan mengorbankan dua beradik tersebut di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Puteh.

Mohanadas berkat, Perkeso turut menyampaikan sumbangan kotak prihatin yang mengandungi barangan keperluan dapur seperti beras, gula, bihun, garam dan lain-lain kepada bapa mangsa di rumah keluarga berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI