fbpx

MHL: Faizal mengganas bantu THT belasah Armed Forced 6-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal (dua dari kanan) menjaringkan empat gol bagi membantu THT menumpaskan Armed Force 6-1 pada aksi MHL di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus melebarkan rekod kemenangan buat kali kelima berturut-turut dengan membelasah Armed Forced HA 6-1 pada aksi kelima Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Batu Burok di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan juara Piala Sumbangsih tersebut kukuh di persada liga dengan maksimum 15 mata.

Penyerang Speedy Tigers, Faizal Saari mengganas dengan empat gol manakala dua lagi gol disumbang seorang lagi pemain kebangsaan, Muhammad Akhimullah Anuar Esook.

THT memulakan pesta gol menerusi gol padang Faizal pada minit ke-2 sebelum Muhammad Akhimullah menjadikan kedudukan 2-0 (m-7).

Faizal sekali lagi meledak gol kedua peribadi sekaligus menjadikan tuan rumah selesa mendahului 3-0 pada minit ke-34.

Selang seminit kemudian, Muhammad Akhimullah menjadikan kedudukan 4-0 juga menerusi gol padang.

Armed Forced memperolehi gol saguhati menerusi pukul sudut penalti disempurnakan Muhamad Nazrey Din pada minit ke-38.

Faizal terus mengganas dengan menjaringkan dua lagi gol padang pada minit ke-46 dan 48. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI