fbpx

Wanita bergambar dengan arca tanpa seurat benang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita bergambar tanpa berpakaian di sebuah arca berbentuk kerang. - Foto Jam Press

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang wanita ditahan selepas bergambar dalam keadaan tanpa seurat benang di sebuah arca tepi laut yang popular di Mexico, lapor laman berita MailOnline semalam. 

Olga Larrea dalam satu rakaman video dilihat berbogel di arca La Perla yang berbentuk kerang di bandar La Paz pada Sabtu lalu.

Dia dengan pantas menanggalkan pakaiannya ketika jurugambar bersedia merakamkan gambar.

Selepas bergambar, Larrea dihampiri oleh anggota polis dan ditahan.

Dia dibawa ke pejabat pendakwa raya tempatan dan dibebaskan selepas membayar denda sebanyak 3,365 peso (RM740). – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI