Masih terdapat restoran yang menggunakan simbol atau istilah halal yang mengelirukan bagi menarik pelanggan terutama umat Islam. Baru-baru ini, penulis bersama rakan media lain menyertai serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kajang bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah restoran di Seri Kembangan yang mempamerkan pelekat ‘Muslim Kitchen’ di pintu dan dinding premis. Pemilik mendakwa tindakan menampal pelekat itu selepas diminta pelanggan dan rakan yang sering menikmati hidangannya biarpun belum mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya