fbpx

Ibu bergadai nyawa selamatkan anak kena belit ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk tempatan membawa bangkai ular sawa sepanjang enam meter. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang remaja perempuan di Indonesia nyaris terbunuh selepas dibelit seekor ular sawa gergasi di sebuah kawasan kebun, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Polewali Mandar, wilayah Sulawesi Barat kelmarin. 

Mangsa yang dikenali sebagai Marwah, 15, digigit ular itu ketika pulang dari kebun bersama ibunya. 

Marwah mengalami cedera parah pada bahagian betis, manakala ibunya luka di tangan selepas bertungkus-lumus cuba melepaskan mangsa. 

“Luka pada betis sangat parah kerana terkoyak sehingga isi dagingnya terkeluar. Sekiranya Marwah bersendirian, dia mungkin tidak selamat. 

“Marwah diserang ular sawa sepanjang enam meter yang bersembunyi di dalam semak,” kata sepupu mangsa, Ayub. 

Reptilia itu dibunuh dengan parang selepas ibu Marwah meminta pertolongan daripada penduduk tempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI