fbpx

Jennie buka sahaja terus kena serang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE BLACKPINK

SEMPENA sambutan hari lahirnya yang ke-25 pada 16 Januari lalu, penyanyi Jennie membuat kejutan kepada peminat dengan membuka saluran YouTube rasmi, Jennierubyjane Official.

Jennie menjadi anggota kedua kumpulan Blackpink yang membuka akaun rasmi YouTube selepas Lisa yang tampil dengan akaun rasminya, Lilifilm Official pada 5 November 2018.

Jennie memuat naik video pertama berjudul Hello World From Jennie dan ditonton lebih sembilan juta kali dalam masa yang cukup singkat.

Menerusi video yang dimuat naik tersebut, Jennie berkongsi tentang kehidupan sehariannya seperti mengemas rumah, memasak, melukis dan menyanyi.

Perkongsian berkenaan membuatkan peminat teruja untuk menantikan lebih banyak kandungan menarik daripada penyanyi lagu Solo itu.

Jennierubyjane Official merupakan akaun YouTube kedua yang mencatat jumlah pelanggan paling tinggi dalam tempoh 24 jam selepas dibuka.

Jennie juga meraih pengikut lebih 1.7 juta dalam masa sehari.

Rekod berkenaan berada di belakang Marília Mendonça, penyanyi Brazil yang berada di kedudukan pertama dengan mencatat jumlah pelanggan seramai lebih 1.8 juta dalam masa 24 jam pada 8 April 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI