fbpx

Gadis didakwa, umur 17 tahun jadi orang suruhan along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAJA perempuan didakwa melakukan khianat menyimbah cat dan ugutan jenayah di Mahkamah Mjistret Johor Bahru hari ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan melakukan jenayah sehingga menimbulkan kegentaran dan menyimbah cat merah di Skudai bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun itu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Gadis itu didakwa menakutkan wanita berusia 37 tahun dengan niat hendak menyebabkan kegentaran dengan cara ugutan.

Tertuduh juga didakwa melakukan khianat dengan cara menyimbah cat merah pada pintu pagar rumah dan kereta Perodua Axia milik mangsa sama.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Universiti, Skudai kira-kira pukul 5.30 pagi, 29 Disember lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dilepaskan dengan amaran, bon berkelakuan baik berserta syarat yang ditetapkan mahkamah, membayar denda, perintah khidmat masyarakat, dihantar ke sekolah diluluskan atau Henry Gurney.

Mahkamah menetapkan tarikh 11 Jun depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI