fbpx

Trafik penumpang udara naik kepada 97.1 juta pada 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada sidang akbar statistik MAVCOM 2024 di kementeriannya, di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jumlah trafik penumpang udara Malaysia Malaysia pada tahun 2024 mencapai 97.1 juta iaitu peningkatan sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan 85 juta penumpang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah tersebut selaras dengan ramalan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) iaitu antara 95.4 hingga 97.6 juta penumpang.

Menurutnya, trafik penumpang udara yang didorong oleh segmen ASEAN dan antarabangsa pula masing-masing mencatat pertumbuhan sebanyak 19.8 peratus dan 38.9 peratus.

Manakala, katanya, segmen penumpang domestik mencatat pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus.

“Ini dikira sangat memuaskan dan baik kerana semasa pandemik (Covid-19) ada ramalan mengatakan bahawa (sektor penerbangan) akan mengambil masa lima tahun untuk kembali kepada peringkat sebelum pandemik, tapi kita hanya ambil masa tiga tahun sahaja dan ia sudah mencecah hampir 90 peratus,” katanya.

Anthony Loke berkata demikian menerusi sidang akhbar berkenaan prestasi trafik penumpang dan kargo Malaysia bagi tahun 2024 serta unjuran bagi tahun 2025 di Kementerian Pengangkutan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pertumbuhan itu disumbangkan oleh beberapa faktor utama termasuk penambahan kapasiti tempat duduk yang disediakan oleh syarikat penerbangan, pengecualian visa bagi pelancong dari China dan India, serta peningkatan kesalinghubungan ke destinasi utama seperti Indonesia, Korea Selatan, Australia dan negara-negara Teluk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI