fbpx

‘Dia tertekan kerana tiada kerja untuk sara anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video orang ramai melihat kejadian seorang wanita cuba untuk terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Tindakan pantas dua remaja berjaya menyelamatkan bekas guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang dipercayai mengalami tekanan daripada terjatuh Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini hari ini.

Ibu tunggal berusia 43 tahun dilihat cuba memanjat penghadang jalan jambatan pada pukul 11 pagi tadi.

Seorang saksi dikenali sebagai Hafiz berkata, dia dan rakannya terpaksa bergelut dengan wanita itu selain meminta pertolongan orang ramai.

Katanya, dalam keadaan cemas, seorang anggota polis yang kebetulan melalui lokasi berhenti dan membantu mangsa.

“Anggota polis turut memujuk wanita itu dan memaklumkan akibat yang akan ditanggung keluarga sekiranya nekad  terjun dalam Sungai Kelantan.

“Wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan. Tidak lama kemudian, dia melupakan hasratnya untuk terjun dari jambatan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hafiz memberitahu, wanita itu dipercayai berasal dari Kampung Kok Pasir, Kota Bharu dan menetap di Kampung Padang Tembesu selepas berpisah dengan suaminya setahun lalu.

Menurutnya, wanita itu memaklumkan dia mengalami tekanan perasaan kerana tiada pekerjaan tetap untuk menyara anaknya.

“Wanita itu turut berpesan kepada anaknya mengenai wang simpanan dan kelengkapan penting menerusi WhatsApp,” katanya yang memberitahu mangsa dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI