fbpx

EPL: Slot berang Liverpool tercicir mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA yang masuk sebagai pemain gantian berjaya membantu Liverpool menyamakan kedudukan ketika terikat menentang Forest awal pagi semalam. - AFP

NOTTINGHAM – Pengurus Liverpool, Arne Slot tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila sekali lagi melepaskan mata penting kepada Nottingham Forest ketika seri 1-1 awal pagi semalam.

Keputusan itu menafikan hasrat The Reds untuk melunaskan balas dendam memandangkan lawan itu adalah pasukan tunggal yang menewaskan mereka pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Slot juga tidak menolak andaian yang mengatakan pasukannya bernasib baik untuk memperoleh satu mata selepas pertukaran dilakukannya berjaya menghadirkan impak selepas terlebih dahulu ketinggalan seawal minit kelapan.

“Kamu meraih tuah daripada pertukaran itu. Kami mengambil risiko mengeluarkan Ibou (Ibrahima Konate) biarpun ia mungkin memberi ancaman khususnya ketika kami berdepan situasi bola mati.

“Namun kami semua tahu Diogo Jota mampu menjaringkan gol dan Kostas Tsimikas mempunyai hantaran yang bagus. Kami membawa masuk mereka dan mereka lakukannya hanya dalam tempoh 20 saat,” katanya.

Sepanjang perlawanan itu, Liverpool menguasai 71 peratus penguasaan, namun Forest berjaya bertahan dengan baik malah penjaga gol tuan rumah, Matz Sels juga beraksi cemerlang untuk menafikan percubaan berkualiti The Reds.

“Penjaga gol mereka beraksi cemerlang malah pertahan juga mampu melakukan halangan dengan cukup baik. Saya tidak boleh mint alebih lagi namun aksi di babak kedua cukup bagus,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI