SEOUL – Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dalam kemalangan membabitkan 43 buah kenderaan di sebuah lebuh raya di utara Seoul, Korea Selatan, lapor portal berita Korea Times semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 5.50 pagi (waktu tempatan) di Lebuhraya Munsan Seoul menuju ke arah Munsan.
Sembilan pemandu yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Anggota polis dan bomba tiba di tempat kejadian sebelum menutup jalan untuk menangani kemalangan.
“Nahas berpunca daripada lapisan ais hitam sebelum disusuli oleh pelanggaran kenderaan-kenderaan lain yang mengekori.
“Ia juga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk,” tambah polis. – AGENSI