fbpx

Seludup rokok dalam pakaian terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaizad (kiri) pada sidang akhbar rampasan rokok seludup dan minuman keras di Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan cubaan menyeludup 4.5 juta batang rokok putih yang berselindung disebalik pakaian terpakai dalam sebuah kontena di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Klang, Selangor, 26 Disember lalu.

Pengarah Kastam negeri, Rohaizad Ali berkata, keseluruhan rokok dianggarkan bernilai lebih RM5.84 juta termasuk cukai itu dikesan dalam 22,500 karton yang kemudian dirampas.

“Hasil pemeriksaan kira-kira pukul 11.20 pagi, kita menemui karton rokok terbabit yang dicampurkan bersama 175 karton pakaian lusuh dan terpakai.

“Kontena itu dipercayai dari Thailand dan dalam perjalanan ke India,” katanya dalam sidang akhbar di Stor Penguatkuasan Kastam di Bagan Jermal, di sini hari ini.

Sementara itu, Rohaizad berkata, sepasukan pegawai telah menemui 52,790 tin minuman keras yang bernilai lebih RM1.18 juta termasuk cukai menerusi pemeriksaan ke atas sebuah kontena di lokasi sama pada 12 Disember lalu.

“Kontena yang berisi 26,395 liter minuman keras jenis bir itu diikrar sebagai perabot malah didaftarkan menggunakan alamat syarikat palsu.

“Usaha mengesan pemilik dagangan giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI