fbpx

‘Pak guard’ didakwa simpan tiga parang tanpa tujuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Nik Azahar (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan memiliki tiga bilah parang tanpa tujuan sah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki tiga bilah parang tanpa tujuan sah di Kubang Kerian dekat sini kelmarin.

Tertuduh, Nik Azahar Mohamed, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki tiga bilah parang masing-masing berukuran 51 sentimenter (cm) ,60 cm dan 62 cm tanpa maksud yang sah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Husni Mubarak Ghazali.

Mahkamah kemudian membenarkan ikan jamin RM8,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengangggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI