fbpx

42 negara sertai TRAVEX 2025, sasar jualan RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KING SING meletakkan tapak tangan sebagai gimik Majlis Perasmian TRAVEX 2025 sempena ASEAN Tourism Forum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Program Pertukaran Pelancongan ASEAN (TRAVEX) 2025 yang dianjurkan sempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 menyaksikan penglibatan peserta daripada 42 buah negara antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, program tersebut bakal memberi peluang kepada negara-negara ASEAN untuk mempromosikan produk pelangsingan mereka ke peringkat global.

“Program ini melibatkan seramai 221 penjual dari pelbagai negara ASEAN, dengan turut dihadiri lebih daripada 100 media antarabangsa dari 35 buah negara.

“Tema ATF tahun ini iaitu ‘Unity in Motion: Shaping ASEAN’s Tourism Tomorrow’ mencerminkan komitmen bersama negara anggota dalam meningkatkan kerjasama, inovasi serta daya tahan dalam membina ekosistem pelancongan yang memberi manfaat kepada semua terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran TRAVEX yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan.

“Saya berharap TRAVEX 2025 akan menjadi platform bagi setiap delegasi menjalin hubungan dan kerjasama bermakna untuk memajukan sektor pelancongan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI