fbpx

Ribut petir landa Kelantan, Terengganu petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, amaran itu melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, kawasan terjejas termasuk Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala hujan lebat dijangka melanda keseluruhan kawasan Pulau Pinang,” katanya.

Bagi Perak, cuaca buruk dijangka tertumpu di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, di Kelantan kawasan yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Terengganu membabtikan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun,” tambahnya.

Selain itu, di Sarawak, kawasan dijangka mengalami hujan lebat ialah Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Hujan lebat di Sabah diramal melanda Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat) dijangka terjejas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI