KOTA TINGGI – Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kampung Perpat tengah hari tadi.
Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus berkata, PPS berkenaan merupakan antara 17 PPS yang dibuka di daerah ini dan ditutup pukul 12 tengah hari.
Bagaimanapun katanya penduduk diminta waspada susulan ramalan luruan monsun yang melibatkan beberapa daerah termasuklah Kota Tinggi.
“Kesemua 17 PPS di daerah Kota Tinggi telah ditutup. PPS terakhir ditutup ialah PPS Balairaya Kampung Perpat.
“Mengikut ramalan Jabatan Meteorogi (MetMalaysia), dijangka terdapat luruan monsun ke beberapa daerah termasuk Kota Tinggi bermula esok hingga 19 Januari yang mungkin menyebabkan hujan lebat dan seterusnya banjir,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE