fbpx

Lawatan PM ke UK beri nafas baharu kepada kedua-dua negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Anwar di laman Facebook.

PETALING JAYA – Delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri tiba di London, United Kingdom (UK) hari ini bagi lawatan selama lima hari.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan itu adalah atas jemputan rakan sejawatnya Perdana Menteri, Keir Starmer.

Beliau berkata, lawatan itu dijangka akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang khususnya UK adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah.

“Saya percaya, lawatan ini juga akan memberikan nafas baharu kepada hubungan dua negara selepas Keir Starmer memegang jawatan Perdana Menteri sejak Julai 2024.

“Jadual padat menanti saya dan delegasi bagi memanfaatkan segala ruang yang ada dalam menerokai inisiatif-inisiatif baharu terkait bidang perdagangan dan pelaburan susulan penyertaan UK dalam Comprehensive and Progressive for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) selain sinergi sektor ekonomi, ASEAN, global dan situasi di Myanmar dan Palestin,”tulisnya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut mendoakan agar lawatan beliau dan delegasi ke negara berjalan seperti yang dirancangkan dan dipermudahkan.

“Moga agenda, misi dan segala yang dirancang di United Kingdom ini akan dipermudahkan-Nya dan mendapat manfaat kepada rakyat dan juga negara, Insya-Allah,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI