fbpx

Banjir: Baik pulih jalan bermula bulan ini – Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika sidang akhbar selepas majlis penutup Program Jelajah 2024 JKR BIM: Trail Training Lectures Zon Tengah, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja baik pulih jalan yang terjejas akibat banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) akan dimulakan seawal Januari dan Februari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, baik pulih itu akan memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang terjejas teruk seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan sebahagian kawasan di Pahang.

“(Baik pulih akan) bermula Januari, Februari nanti kita akan perbaiki terutamanya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan sedikit di Pahang,” katanya selepas majlis penutup Program Jelajah 2024 JKR BIM: Trail Training Lectures Zon Tengah, hari ini.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan bahawa kos keseluruhan pembaikan jalan akibat banjir berikutan MTL dianggarkan mencecah RM101.57 juta.

Beliau berkata ia melibatkan kos pembaikan jalan di negeri-negeri di Semenanjung berjumlah RM45.37 juta meliputi pembaikan berkala pavement (jalan berturap), berkala bukan pavement, jambatan dan lampu isyarat serta lampu jalan.

Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula Nanta berkata, pembaikan jalan akibat banjir melibatkan kos RM56.2 juta meliputi pembaikan berkala pavement dan berkala bukan pavement. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI