fbpx

3 maut, 6 parah nahas empat kenderaan di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan nahas membabitkan empat buah kenderaan yang mengorbankan tiga nyawa di kilometer 226.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi tadi.

REMBAU – Seramai tiga orang maut manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan empat buah kenderaan termasuk lori di Kilometer 226.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi itu, dua mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah pemandu lori, Mohd. Esa Daharin, 73, beralamat di Taman Sri Ramal, Kajang dan kelindan lori, warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44.

Seorang lagi yang maut ialah penumpang kereta Honda City, Terence Ng Zhi Yang, 21, beralamat di Jasin, Melaka, yang juga pelajar Kolej Sunway di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kemalangan itu membabitkan lori membawa muatan tanah dan bunga dinaiki tiga individu, kereta jenis Honda City (empat individu), kereta BMW (tiga individu) dan sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki warga Myanmar.

“Siasatan awal mendapati, pemandu lori dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang memandu di lorong kiri.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, lori terbabit telah hilang kawalan dan melanggar besi penghadang sebelah kanan jalan dan seterusnya terbabas ke kiri jalan.

“Pada masa sama, Honda City yang datang dari arah belakang memandu di lorong kanan, tidak sempat mengelak lalu melanggar lori. Kereta BMW dan Toyota Vios yang juga datang dari arah belakang tidak dapat mengelak lalu berlanggar secara berturutan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, penumpang Honda City maut ketika tiba di Hospital Rembau, manakala pemandu Honda City serta dua lagi penumpang termasuk seorang perempuan cedera parah.

“Pemandu dan semua penumpang Honda City dipercayai pelajar. Dalam kejadian ini, pemandu BMW iaitu lelaki berusia 29 tahun dan juga seorang penumpang yang parah turut dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI