PETALING JAYA – Kisah cinta pempengaruh Ameera Khan dan Jefri Nichol, terus mencuri perhatian netizen apabila aktor terbabit membuat kejutan romantis kepada kekasihnya itu.
Kejutan berupa kek dihiasi potret wajah Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, bersama sejambak bunga ros merah itu seperti menjadi simbolik kasih sayang pasangan tersebut.
Menariknya, kek istimewa itu turut dihiasi tulisan, “Your Wish Come True”.
Perkongsian romantis itu pantas menarik perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.
“Sweet sangat mereka ini. Harap hubungan kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin,” tulis seorang peminat.
“Semoga Jefri dan Ameera terus bahagia. Kedua-duanya memang pasangan secocok,” tambah seorang lagi pengikut.
Namun, tidak semua memandang hubungan tersebut dengan penuh sokongan.
“Asyik tunjuk kemesraan, tapi belum ada ikatan yang sah. Harap lebih jaga batas,” tegur seorang netizen.
“Meluat pula. Tak perlu terlalu menunjuk kebahagiaan di media sosial. Nanti kalau ada apa-apa, susah juga nak berdepan,” komen seorang pengguna media sosial.
Percintaan mereka sebelum ini dikatakan berakhir pada Oktober 2021, namun pada Mac tahun lalu, hubungan pasangan ini kembali bertaut.
Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu turut memaklumkan bahawa ibu bapanya sudah merestui hubungan mereka, sekaligus mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan pasangan ini melangkah ke fasa lebih serius. – KOSMO! ONLINE