JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dibaham seekor buaya di sebuah kolam lombong terbiar di Indonesia, lapor portal berita VNExpress kelmarin.
Kejadian berlaku di Bangka, wilayah Bangka Belitung pada Sabtu lalu.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Pangkalpinang, I Made Oka Astawa berkata, mangsa dikenali sebagai Chacha, disambar buaya ketika mandi bersama ibu bapanya.
“Reptilia itu menyerang Chaca sebelum mengheretnya ke dalam air.
“Mayat kanak-kanak itu ditemukan sekitar pukul 5.20 pagi (waktu tempatan) oleh anggota penyelamat,” tambahnya. – AGENSI